(History is the best teacher of life)
Sudah
berkali-kali kerajaan Islam dari pelbagai era cuba menakluki Kota
Konstantinopel ,sudah ribuan tentera yang syahid , tetapi kota itu tetap teguh
. Kota yang tinggidan berlapis-lapis. Dikawal oleh tenteraterbaik dengan kedudukan
geografi yang menyukarkan sesiapa sahaja untuk melancarkan serangan . Kota itu terus
teguh menjadi kebanggaan kerajaan Byzantine ,dan menjadi duri dalam daging kepada
kerajaan Islam . Sehinggalah datangnya Sultan Muhammad Al-Fateh . Sultan yang
meruntuhkan ego kerajaanByzantine .Inilahkisahbeliau ,kisah Sultan Muhammad
Al-Fateh .
SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
-Sultan
Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianopel iaitu antara
sempadanTurkidan Bulgaria bersamaan 26 Rejab 833 Hijrah . Ayahnya Sultan
MuradII ,manakala ibunya Huma Hatun .
-Sultan
Muhammad Al-Fateh menaiki takhta secara rasmi ketika berusia 19 tahun.
-Memimpin
sendiri hampir 25 kempen peperangan pada zamannya .
-Meninggal
dunia pada 3 Mei 1481 .Jasadnya disemadikan di Istanbul , Bandar lama di
selatanTanjungEmas , berhampiran panorama prasejarah yang menyaksikan terdamparnya
70 buah kapal Uthmaniyyah dari atas bukit bagi menempuh Konstantinopel .
-Ketika
penaklukan Konstantinopel ,Empayar Byzantine diketuai oleh Maharaja Konstantine
XI , Palaeologus . Lukas Notarasdan Glovanni Glustiniani .Manakala ,Empayar Uthmaniyyah
diketuai oleh Sultan Muhammad II , Zaganos Pasha dan Suleiman PaltaOlgu .
-Empayar
Byzantine mempunyai 40 000 tentera ,manakala Empayar Uthmaniyyah memiliki 150
000 ke 250 000 tentera . Empayar Byzantine mempunyai 26 buah kapal laut
,manakala Empayar Uthmaniyyah mempunyai 126 kapal laut .
PERIBADI MUHAMMAD AL-FATEH
-Ketika
menuntut 12 tahun ,beliau telah dihantar ke Manisa untuk menuntut ilmu .
Ayahnya telah melantik Ahmad Bin Ismail Al-Kurani sebagai guru Muhammad
Al-Fateh .
-Beliau
menguasai ilmu nahu dan balaghah serta mahir dalam bidang feqah .
-
Selainmen dapat didikan yang beliau sendiri juga mempunyai komitmen yang tinggi
dalam menuntut ilmu .
-Muhammad
Al-Fateh berkahwin dengan puteri Sulayman Bay iaitu gabenor dalam kerajaan Dhu
Al-Ghadir .Majlis perkahwinan Muhammad Al-Fateh telah berlangsung dengan begitu
meriah dengan kedua-dua mempelai merupakan anak kepada pemimpin Negara
masing-masing.
-Apabila
majlis selesai ,beliau kembali ketempat bertugasnya sebagai Gabenor Manisa di
Asia Kecil .
PERCUBAAN MENAWAN KONSTANTINOPEL
654 Masihi .
-Percubaan
dilakukan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada zaman kekhalifahan Uthman bin Affan
.Percubaan ini pulang dengan tangan kosong kerana terkejut melihat kekebalan benteng
Konstantinopel .
664 Masihi .
-Percubaan
dilakukan olehYazid bin Muawiyah di bawah kekhalifahan Ali Bin AbiTalib . Rom
menggunakan senjata terbarunya , ‘ApiGerek’ . Rom menembak panah kelaut sehingga
laut terbakar .
667 Masihi
-Percubaan
dilakukan olehSufyan Bin Aus di bawah kekhalifan Muawiyah Bin Abu Sufyan .
719 Masihi
-Percubaan
dilakukan oleh Khalifah Sulaiman Bin Abdul Malik .
729 Masihi
-PercubaandilakukanolehMusallamah
Bin Abdul Malik di bawahkekhalifahan Umar Bin Abdul Aziz .
811 Masihi
-Percubaan
dilakukan oleh Khalifah Harun Al-Rasyid .Buat kali pertama ,ia menimbulkan huru
hara dalam Konstantinopel .
1070 Masihi
-Percubaan
dilakukan oleh Sultan Alp Arslan .
1393 Masihi
-Percubaan
dilakukan oleh Sultan Beyazid .
1422 Masihi
-Percubaan
dilakukan oleh Sultan Murad II.
1453 Masihi
-Percubaan
dilakukan oleh Sultan Muhammad II .Akhirnya Berjaya ditakluk .
KOTA KONSTANTINOPEL
-Konstantinopel
dibina oleh Maharaja Konstantine sebagai ibu kota Byzantine pada tahun 330
Masihi .
-Konstantinopel
dikenali sebagai kota yg termakmur dan terkaya di Eropah sejak beberapa abad .
-Konstantinopel
terletak di pertemuan antara benua Asia danEropah serta pertemuan antara Laut
Mediterranean dan Laut .
Kedudukannya
strategic samaada daripada perdagangan mahupun geo-politik .
DASAR MUHAMMAD AL-FATEH
-Muhammad
Al-Fateh melengkapkan pelbagai prasarana dan infrastruktur bagi memberi ruang seluas-luasnya
kepada rakyat untuk menerokai bidang .
-Di
Bandar Nicae ,jalan perdagangandunia melalui laut dan darat telah dibangunkan dengan
pelbagai sarana dan begitu juga wilayah-wilayah lain.
-Ekoran
daripada itu , Negara lain yang berdekatan juga turut membuka pelabuhan untuk kepentingan
perdagangan mereka dengan kerajaan Uthmaniyyah.
-Dalam
industry ,kerajaan membina beberapa buah logistic , membina kilang senjata serta
membina beberapa buah benteng serta membina beberapa buah benteng keselamatan
di beberapa buah tempat strategic .
SELEPAS KONSTANTINOPEL DITAWAN .
-Ketika
Konstantinopel jatuh ke tangan Kerajaan Uthmaniyyah, Sultan Muhammad Al-Fateh dengan
penuh ketegasan dan rendah diri ,mengisytiharkan deklarasi perlindungan kepada semua
penduduk Konstantinopel . Tidak kira beragama Islam ,Yahudi mahupun Kristian .
-Hanya
Hagia Sophia dijadikan masjid .Gereja-gereja lain dibenarkan terus berfungsi seperti
biasa .Bahkan ,mereka tidak menerima sebarang tekanan politik daripada pemerintah
seperti yang dilakukan oleh Konstantinopel XI sebelum ini .
-Sultan
Muhammad Al-Fateh juga membuat deklarasi kepada penduduk Konstantinopel yang
melarikan diri kerana takutkan kemenangan Uthmaniyyah keatas Konstantinopel
.Mereka dibenarkan pulang ke tanah air .
-Deklarasi
itu mengandungi jaminan kemanan hidup ,keselamatan harta benda dan perniagaan .
Sultan juga memberikan kebebasan mengamalkan pegangan agama dan amalan keagamaan
masing-masing .
-Uthmaniyyah
memberikan keadilan yang dikenang rakyat Kristian dan bukan Muslim .Uthmaniyyah
pada saat kebesaran empayar ,mereka berhadapan dengan suasana kemajmukan masyarakat
dari pada pelbagai bangsa dan agama yang mencabar .
-Situasi
ini menjadi sebab kenapa Sultan Muhammad Al-Fateh digelar ‘The Grand Signaeur’
iaitu Sang Penakluk .Gelaran yang selama ini hanya diberikan kepada tokoh-tokoh
besar Barat yang membawa perubahan kepada Eropah .
-Gelaran
ini diberikan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh kerana keadilan itu dirasai bukan
sekadar umat islam ,bahkan rakyat Kristian di seluruh jajahan .
SULTAN
MUHAMMAD AL-FATEH DILAHIRKAN PADA 29 MAC 1432 DAN MANGKAT PADA 3 MEI 1481
KETIKA BERUSIA 49 TAHUN . SEMOGA ALLAH MEMBERI KEAMPUNAN , KEREDHAAN SERTA
MELIMPAHKAN RAHMAT-NYA KEPADA SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH . Al-Fatihah
(adaptasi dari sebuah novel Abdul Latif Talib)