Monday, 11 May 2015

#9 (Sultan Muhammad Al-Fateh)


(History is the best teacher of life)

Sudah berkali-kali kerajaan Islam dari pelbagai era cuba menakluki Kota Konstantinopel ,sudah ribuan tentera yang syahid , tetapi kota itu tetap teguh . Kota yang tinggidan berlapis-lapis. Dikawal oleh tenteraterbaik dengan kedudukan geografi yang menyukarkan sesiapa sahaja untuk melancarkan serangan . Kota itu terus teguh menjadi kebanggaan kerajaan Byzantine ,dan menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Islam . Sehinggalah datangnya Sultan Muhammad Al-Fateh . Sultan yang meruntuhkan ego kerajaanByzantine .Inilahkisahbeliau ,kisah Sultan Muhammad Al-Fateh .
                                                                       
SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

-Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianopel iaitu antara sempadanTurkidan Bulgaria bersamaan 26 Rejab 833 Hijrah . Ayahnya Sultan MuradII ,manakala ibunya Huma Hatun .
-Sultan Muhammad Al-Fateh menaiki takhta secara rasmi ketika berusia 19 tahun.
-Memimpin sendiri hampir 25 kempen peperangan pada zamannya .
-Meninggal dunia pada 3 Mei 1481 .Jasadnya disemadikan di Istanbul , Bandar lama di selatanTanjungEmas , berhampiran panorama prasejarah yang menyaksikan terdamparnya 70 buah kapal Uthmaniyyah dari atas bukit bagi menempuh Konstantinopel .
-Ketika penaklukan Konstantinopel ,Empayar Byzantine diketuai oleh Maharaja Konstantine XI , Palaeologus . Lukas Notarasdan Glovanni Glustiniani .Manakala ,Empayar Uthmaniyyah diketuai oleh Sultan Muhammad II , Zaganos Pasha dan Suleiman PaltaOlgu .
-Empayar Byzantine mempunyai 40 000 tentera ,manakala Empayar Uthmaniyyah memiliki 150 000 ke 250 000 tentera . Empayar Byzantine mempunyai 26 buah kapal laut ,manakala Empayar Uthmaniyyah mempunyai 126 kapal laut .

PERIBADI MUHAMMAD AL-FATEH

-Ketika menuntut 12 tahun ,beliau telah dihantar ke Manisa untuk menuntut ilmu . Ayahnya telah melantik Ahmad Bin Ismail Al-Kurani sebagai guru Muhammad Al-Fateh .
-Beliau menguasai ilmu nahu dan balaghah serta mahir dalam bidang feqah .
- Selainmen dapat didikan yang beliau sendiri juga mempunyai komitmen yang tinggi dalam menuntut ilmu .
-Muhammad Al-Fateh berkahwin dengan puteri Sulayman Bay iaitu gabenor dalam kerajaan Dhu Al-Ghadir .Majlis perkahwinan Muhammad Al-Fateh telah berlangsung dengan begitu meriah dengan kedua-dua mempelai merupakan anak kepada pemimpin Negara masing-masing.
-Apabila majlis selesai ,beliau kembali ketempat bertugasnya sebagai Gabenor Manisa di Asia Kecil .
PERCUBAAN MENAWAN KONSTANTINOPEL

654 Masihi .
-Percubaan dilakukan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada zaman kekhalifahan Uthman bin Affan .Percubaan ini pulang dengan tangan kosong kerana terkejut melihat kekebalan benteng Konstantinopel .

664 Masihi .
-Percubaan dilakukan olehYazid bin Muawiyah di bawah kekhalifahan Ali Bin AbiTalib . Rom menggunakan senjata terbarunya , ‘ApiGerek’ . Rom menembak panah kelaut sehingga laut terbakar .

667 Masihi
-Percubaan dilakukan olehSufyan Bin Aus di bawah kekhalifan Muawiyah Bin Abu Sufyan .

719 Masihi
-Percubaan dilakukan oleh Khalifah Sulaiman Bin Abdul Malik .

729 Masihi
-PercubaandilakukanolehMusallamah Bin Abdul Malik di bawahkekhalifahan Umar Bin Abdul Aziz .

811 Masihi
-Percubaan dilakukan oleh Khalifah Harun Al-Rasyid .Buat kali pertama ,ia menimbulkan huru hara dalam Konstantinopel .

1070 Masihi
-Percubaan dilakukan oleh Sultan Alp Arslan .

1393 Masihi
-Percubaan dilakukan oleh Sultan Beyazid .

1422 Masihi
-Percubaan dilakukan oleh Sultan Murad II.

1453 Masihi
-Percubaan dilakukan oleh Sultan Muhammad II .Akhirnya Berjaya ditakluk .

KOTA KONSTANTINOPEL

-Konstantinopel dibina oleh Maharaja Konstantine sebagai ibu kota Byzantine pada tahun 330 Masihi .
-Konstantinopel dikenali sebagai kota yg termakmur dan terkaya di Eropah sejak beberapa abad .
-Konstantinopel terletak di pertemuan antara benua Asia danEropah serta pertemuan antara Laut Mediterranean dan Laut .
Kedudukannya strategic samaada daripada perdagangan mahupun geo-politik .


DASAR MUHAMMAD AL-FATEH

-Muhammad Al-Fateh melengkapkan pelbagai prasarana dan infrastruktur bagi memberi ruang seluas-luasnya kepada rakyat untuk menerokai bidang .
-Di Bandar Nicae ,jalan perdagangandunia melalui laut dan darat telah dibangunkan dengan pelbagai sarana dan begitu juga wilayah-wilayah lain.
-Ekoran daripada itu , Negara lain yang berdekatan juga turut membuka pelabuhan untuk kepentingan perdagangan mereka dengan kerajaan Uthmaniyyah.
-Dalam industry ,kerajaan membina beberapa buah logistic , membina kilang senjata serta membina beberapa buah benteng serta membina beberapa buah benteng keselamatan di beberapa buah tempat strategic .

SELEPAS KONSTANTINOPEL DITAWAN .

-Ketika Konstantinopel jatuh ke tangan Kerajaan Uthmaniyyah, Sultan Muhammad Al-Fateh dengan penuh ketegasan dan rendah diri ,mengisytiharkan deklarasi perlindungan kepada semua penduduk Konstantinopel . Tidak kira beragama Islam ,Yahudi mahupun Kristian .
-Hanya Hagia Sophia dijadikan masjid .Gereja-gereja lain dibenarkan terus berfungsi seperti biasa .Bahkan ,mereka tidak menerima sebarang tekanan politik daripada pemerintah seperti yang dilakukan oleh Konstantinopel  XI sebelum ini .
-Sultan Muhammad Al-Fateh juga membuat deklarasi kepada penduduk Konstantinopel yang melarikan diri kerana takutkan kemenangan Uthmaniyyah keatas Konstantinopel .Mereka dibenarkan pulang ke tanah air .
-Deklarasi itu mengandungi jaminan kemanan hidup ,keselamatan harta benda dan perniagaan . Sultan juga memberikan kebebasan mengamalkan pegangan agama dan amalan keagamaan masing-masing .

JASA MUHAMMAD AL-FATEH

-Uthmaniyyah memberikan keadilan yang dikenang rakyat Kristian dan bukan Muslim .Uthmaniyyah pada saat kebesaran empayar ,mereka berhadapan dengan suasana kemajmukan masyarakat dari pada pelbagai bangsa dan agama yang mencabar .
-Situasi ini menjadi sebab kenapa Sultan Muhammad Al-Fateh digelar ‘The Grand Signaeur’ iaitu Sang Penakluk .Gelaran yang selama ini hanya diberikan kepada tokoh-tokoh besar Barat yang membawa perubahan kepada Eropah .
-Gelaran ini diberikan kepada Sultan Muhammad Al-Fateh kerana keadilan itu dirasai bukan sekadar umat islam ,bahkan rakyat Kristian di seluruh jajahan .

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH DILAHIRKAN PADA 29 MAC 1432 DAN MANGKAT PADA 3 MEI 1481 KETIKA BERUSIA 49 TAHUN . SEMOGA ALLAH MEMBERI KEAMPUNAN , KEREDHAAN SERTA MELIMPAHKAN RAHMAT-NYA KEPADA SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH . Al-Fatihah



                                                           (adaptasi dari sebuah novel Abdul Latif Talib)

No comments:

Post a Comment