Morning guys,
Suka untuk aku menconteng entri harini..
Haaaa!!Cakap
pasal aurat.. aku tak nak sentuh pasal had aurat kita, dengan ajnabi or dengan mahram and
so on… sebab aku rasa semua da maklumsemua tu..dan dah pun
belajar dan ditekankan sejak sekolah lagi.
Orang selalu ingat bahawa segala apa yang
dia buat takkan effect hidup orang lain..dia rasa kalau dia buat dosa, dia yang
tanggung sensorang dosa yang dia buat tu..
Ok..Harini aku nak highlightkan tentang individu
yang secara tak langsung akan terheret dalam saham penjagaan aurat kita sebagai wanita muslimah.
Wahai nisa’, fatayat, wanita and girls yang
bergelar muslim sekalian, untuk pengetahuan korang,
andai kata kita mendedahkan aurat walaupun sedikit daripada bahagian aurat kita,
ia akan mengheret saudara2 lelaki kita kedalam jurang neraka.
Ok, lelaki-lelaki tersebut adalah
Abah,
ayah, daddy, papa, abi, walid dan seangkatan dengannya.
Saudara lelaki
ABANG
ADIK LELAKI
ANAK LELAKI
Suami(buat
yang dah berumahtangga)
Semua ada saudara lelakikan..yang takde abang or adik lelaki comfirm ada abah dan suami,,
right?.. tipulaa kalau cakap tak sayangkan? Giler apa tak sayang abah, abang and suami sendiri..
Time sekolah dulu, aku tak faham..kenapa abang2
aku akan komen pakaian aku dan kakak sebelum keluar rumah.. tudung kecik laa,
seluar ketat laa, baju senteng laa, itulaa inilaa, ada je benda yang kena komen.. nak keluar pon susah..
***
“adik, pegi mana2 pon jangan lupa tutup aurat, stoking jangan lupa..
perempuan selalu lupa aurat bahagian kaki tu”
“sikit jee aurat ko terdedah, Abah and abang2 yang tanggung dosa ko..
ko nak ke msokkan list nama abah and abng2 kat neraka? Ko tak sayang abh and abang2
ke?’
“bukan nak halang pakai itu ini, tapi pakailaa yang longgar,
besar dan labuh.. ko tu tanggungan kitorang.. Sebab sayang laa tegur”
“gy tukar tudung sekarang! Tak sayang abang and abah ke?”
“takde seluar lain ke?”
“before keluar, tengok cermin dulu, kalau rasa aurat da
tutup sempurna baru keluar..”
***
Abah, memang tegas, dari kecik dah kena serious bab aurat. Sebab kalau
dah besar baru nak tekankan, payah kot. lentur buluh kena laa dari rebung nya kan.
And now aku faham..abah and abang2 teguur ujtuk kebaikan diri. Abah dan abang2
tegur sebab sayang. Abah dan abang2 tegur sebab kesah. Abah dan abang2
tegur sebab nak didik aku jadi muslimah solehah.
Girls..kalau rasa sayangkan abah kalian,
tutuplah aurat dengan sempurna.. kalau rasa sayangkan abang2 kalian,
tutuplah aurat dengan sempurna.. kalau rasa sayangkan adik2 lelaki kalian,
tutuplah aurat dengan sempurna.. kalau rasa sayangkan suami kalian,
tutuplah aurat dengan sempurna.. dan kalau sayangkan anak2 lelaki kalian,
tutuplah aurat dengan sempurna..
Tutup aurat dan tutup aurat dengan sempurna,,ada beza ke?
Ok, aku bagi satu analogi..lollipop.. kalau beli lollipop,
korang akan beli lollipop yang terbalut sempurna or dah terbukak sikit? Of coz
korang amek yang terbalut sempurnakan..sebab yang
terbalut sempurna nampak kemas dan cantik je balutannya.. yang terbukak sikit nampak macam ada
je yang tak kena kat mata kita.. sebab lumrah manusia suka kan kesempurnaan,
walaupun takde yang sempurna kat dunia ni.
So girls, tutup dan jagalah aurat kalian dengan sempurna.
Untuk kemaslahatan bersama. Pesanan buat diri ini jugak. Aku pon dalam manusia biasa kadang sering terlupa dan terleka.
Buat insan yang bergelar wanita, ayuh tutup aurat..kerana dirimu begitu berharga.
Buat yang dah menutup aurat dengan sempurna, ni aku nak kongsi satu lirik lagu..baca dan selami..
Tak perlu nak di heboh2
Yang kau muslimah bertudung labuh
Tak perlu nak di hebah2
Yang kau seorang wanita berpurdah
Gambarmu tak perlu ditayang2
Menjadi tatapan yang bukan mahram
Gambarmu sebaiknya disimpan
Menjadi tatapan yang layak pandang
Jika hijrahmu kerana tuhan
Tak kau hiraukan pujian orang
Jadilah muslimah yang mengejar jannah
Bukannya mengeja rdunia yang mewah
Jadilah muslimah menjaga maruah
Seorang yang tabah
Seorang yang muslimah yang solehah
9.30 pagi
kolej kediaman 1
Universiti Sains Islam Malaysia
No comments:
Post a Comment