In the
name of Allah, the most gracious and the most merciful~
"Am I choosing the right thing?"
"Better sini ke sana?"
"Nak stay ke nak fly? Ikutkan
result layak je fly, tapi stay pon ok gak."
Arghh..aku tak suka buat pilihan.
Payah. Bila mana akal dan hati tak sehaluan. Yang satu kata “ya”, satu kata “bukan”(aik, dah macam lirik lagu pulak!) Haih, kenapalah akal dan hati ni tak pernah nak berbaik-baik dan bersatu kalau aku kena buat keputusan.
Dua-dua nak menang.Saat aku ralit berfikir dan merenung pilihan
yang ingin ku buat.
“Assalamualaikum”
Dia datang! I mean, dia datang lagi. Ini kali kelima(entahlaa,, kelima laa kot) dia datang time
aku tengah serabut. Dia ni macam tau2 je aku ade problem. Dan yang paling aku pelik,dia
tau nak cari aku kat mana. Aku rasa aku dah cari port yang paling susah orang
nak cari aku. Dia ni manusia yang paling pelik(bagi akulaa, bagi orang lain tak tau
laa pulak.. bak kata orang lain orang lain persepsinya kan!) yang pernah aku kenal selama lebih dari setengah
semester aku dekat sini. Dia ni jugak manusia yang selalu muncul tiba-tiba. Manusia yang
sering kali hadir when I need someone.Manusia yang selalu dengan baik hatinya jadi pendengar setia aku
and the most important thing is dia ni laa manusia yang berjaya membuatkan aku nak
share and boost up my problem(aku ni dah laa susah nak share my story.. and yeah
salah satu sebab is dia selalu dapat baca apamasalah aku). Kadang-kadang aku rasa
dia ni kashaf pon iye jugak. Selalu dapat baca fikiran aku.
Dan
sangat kebetulan, nama aku dan nama dia lebih kurang sama. Dia,
AisyNu’man dan aku AisyNaim.
“Dah buat istikharah?”
Hah?
Dah kenapa pulak tetiba dia suruh aku buat istikharah pulak ni.
Aku bukannya nak kahwin pon sampai nak istikharah bagai.
Semua tu hanya dalam minda dan hati,
tak terluah di bibir.
“Istikharah?”
“Kita hidup ni, hari-hari kena buat pilihan. Nak pilih itu,
nak pilih ini. So, rajin-rajinkanlah diritu buat solat istikharah. Bukan nak pilih jodoh
je bolehi stikharah”
What?!
How he know it? Dia ni kashaf kah? Camne dia tau tu yang aku nak cakap.
Lepasni kalau dia
bole baca lagi aku punya fikiran, sah dia memang kashaf and for sure aku kena make sure
minda aku tak fikirkan benda pelik-pelik, lagi bagus kosongkan terus minda ni bila bercakap dengan dia ni.
Yelaa tak pasal2 dia tau apa yang aku fikir.
“Belum. Selama ni orang nak buat pilihan jodoh je. Tak tau laa pulak boleh je untuk semua pilihan boleh buat istikharah.”
Kalau istikharah boleh tolong aku buat pilihan pon,
bukannya aku reti solat istikharah. Camne nak solat istikharah? Ok, solat 2
rakaat macam biasa, tapi nak baca surah apa? Ada surah tertentukah? Ada
doa khususkah? Padan muka ko, ni la padahnya bila time sekolah dulu selalu ponteng kelas Pendidikan
Islam dan kalau masuk kelas pon selalu tidur. No wonder laa pasal istikharah pon tak tau.
Huh,,buatmalu je. Umur da 19 tahun, da jadi budak asasi dah pon,bab istikharah pon tak khatam lagi (nangis).
“Nu’man, boleh tolong aku tak?”
“Boleh. Tolong ajarkan solat istikharah?”
“Weyh,,kau kasyaf ek?”
“Mana ada, mengarut laa kau ni”
“Dah tu dari hari tu lagi kau asyik dapat baca je apa yang
ada dalam fikiran aku. Musykil gak aku dengan kau ni.”
“Dah2,,jom aku ajar kan solat istikharah. Nak aku ajar tak.”
Kami
berjalan beriringan menuju musolla. Sampai di musolla Nu’man meluru kearah satu sudut,
gapai beg. He took out the book and give it to me.
Cara
or kaifiyat solat sunnat istikharah, lebih kurang macam solat-solat sunat yang lain.
Cuma bezanya dari segi:
(a) Niat
أُصَلِّى
سُنَّةَ الْإِسْتِخَارَةِرَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى
“sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana
Allah ta’ala”
(b) Antara surah yang dianjurkan ulama’
ialah:
Rakaat pertama:
Surah al-fatihah(1 kali), Surah al-kafirun(1 kali)
Rakaat kedua :
Surah al-fatihah(1 kali), Surah al-ikhlas(1 kali)
Atau
Rakaat pertama:
Surah al-fatihah(1 kali),ayatkursi(7 kali)
Rakaat kedua :
Surah al-fatihah(1 kali), Surah al-ikhlas(11 kali)
(c) Dalam sujud akhir, baca tasbih(40 kali)
سُبْحَانَكَ
لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيم
“maha suci engkau
yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang engkau ajarkan(tunjukkan) kepada kami.
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
(d) Sebelum bangkit dari sujud,
mohonlah kepada Allah agar dipertunjukkan jalan yang
benar dalam membuat keputusan dan pilihan. Jalan yang membawa kepada redha Allah.
(e) Selepas salam, baca selawat dan baca doa solat sunat istikharah(3
kali)
اللَّهُمَّ
إِنِّى أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ
فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ
أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ. اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا
الْأَمْر......خَيْرٌ لِى فِى دِيْنِى وَدُنْيَاىَ وَمَعَاشِىْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِىْ
عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِى وَيَسَّرْهُ لِى ثُمَّ بَارِكْ لِى فِيهِ، وَإِنْ
كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِى فِى دِيْنِى وَدُنْيَاىَ وَمَعَاشِىْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِى
عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنَّىْ وَاصْرِفْنِىْ عَنْهُ
وَاقْدِرْلِىْ الْخَيْرَ
حَيْثُمَا كَانَ ثُمَّ ارْضِنِىىْ بِهِ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk memilih yang
baik menurut pengetahuanMU,
aku mohon kepastian dengan kudratMU dan aku memohon dengan yang
amat banyak kerana sesungguhnya engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa,
engkau Amat Berkuasa sedangkan aku tidak tahu dan engkau Maha Mengetahui segala yang tersembunyi. Ya Allah,
jika engkau mengetahui bahawa urusan ini ……..(sebutkan perkaranya) baik bagiku,
kehidupanku dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang,
maka takdirkanlah ia kepadaku dan permudahkannya bagiku,
kemudian berkatkan aku padanya. Tetapi, jika di dalam pengetahuanMU hal ini tidak baik untukku,
agamaku, penghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku,
baik masa sekarang ataupun pada masa akan datang,
maka hindarkanlah ia daripadaku dan elakkanlah aku daripadanya dan tentukanlah kebaikan untukku
di mana sahaja aku berada kemudian redhakanlah aku dengannya.
Sesungguhnya engkau berkuasa di atas segala sesuatu.”
“Alhamdulillah,
thanks bro!”
“Welcome. No
biggie. Lepas da buat solat istikharah nanti, serahkan sepenuhnya kepada Allah,
yakin dengan Allah. Mohon agar diberikan petunjuk sama ada didatangkan melalui mimpi,
gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik.
Tidur dalam keadaan berwudu’.”
“Solat istikharah ni buat sekali
je ke. Terus dapat petunjuk?”
“Buat 3 atau 7
kali berturut-turut, mengikut kepentingannya.
Inshaaallah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk buat sesuatu keputusan atau pilihan
yang betul.”
Malamni start istikharah jom. Aku nak
try malamni. Dah belajar baik praktikkan, kalau tak nanti lupa. Awak,, yang
tengah baca tu.. dah istikharah?
*Bahagia bukan memiliki apa yang
kita sayangi, tapi bahagia adalah menyayangi apa yang kita miliki*
Till we meet again, Assalamualaikum <3
No comments:
Post a Comment