Tuesday, 7 April 2015

#4 (SAPAAN SIAPAKAH ITU??)

Assalamualaikum dear readers yang dirahmati Allah sekalian :)

Hadirnya cinta tika aku diduga kedatangan seekor kumbang yg terlalu lama berusaha mencari Tuhannya .Lalu hati ini tertanya-tanya. Adakah si dia yg terbaik untukku ?Adakah aku kuat atas amanah ini? Lalu aku berbicara didalam nadiku, mungkin Tuhan mahu menunjukkan sesuatu hikmah padaku. Dan aku harus mencarinya. Ya!  maka kuserahkan segala pengabdian ini pada Tuhan Pemilik Cinta .. Saat bermunajat padaNya di sepertiga malam, terasa begitu lembut hembusan angin rindu Sang Pencinta. Lalu air mata keinsafan ini mengalir tanpa aku sedari.Terasa begitu banyak khilafku selama ini. Tuhan, ampunkan daku !! Aku hambaMu yg hina, aku mudah terkesan dengan ujian dariMu.. Setelah aku terbeban dengan lambaian dugaan dariMu baru aku bertaubat , dan selepas itu, aku kembali kepada zaman kezalimanku terhadapMu. 

Sungguh aku bukan hamba yg sempurna tetapi setiap waktu aku selamanya berdoa agar aku akan kekal di titian kasihMu. YaAllah, aku terlalu merindukanMU.. tiap detik waktu berputar, aku sering melupakanmu . Akan tetapi tidak pernah sekali Dikau meninggalkanku . Aku berdosa ya Allah! Jangan Kau hukum aku dengan sesuatu yg aku tak sanggup untuk memikulnya sendiri. Sungguh kehadirannya membuatkan aku terasa begitu naïf diri ini dihadapanMu.. ya Allah, sungguh aku rindukan pelukan kasih sayangMu. Datanglah padaku!! Saat tinta ini kucoretkan ,jiwaku seakan2 memahami luahanku ini , diri ini sedang menangisi kesilapanku yang lalu. Masih adakah pengampunan buatku Tuhan??

Masih adakah peluang utk aku buktikan padaMu bahawa aku masih berperang dengan nafsu sendiri ?? Tika aku sendiri, Ku lontarkan perkataan ALLAH bersama suara mendayu agar Engkau mendengar panggilanku.Lalu suatu perasaan aneh menyelinap bersama angin bayu. Ku tertanya2 ?? Adakah Engkau semakin hampir kepangkuanku? Lagi kuseru namaMU, lagi deras perasaan ini. YaTuhan ,kini dapat kurasakan suatu pelukan hangat seorang kekasih yang terlalu merindu kehadiranku selama ini!!Terima kasih ya Allah kerana selamanya disisi saat susah dan senangku.. namun aku terlalu malu padaMU . Kau tidak pernah sesaat terlepas pandang terhadapku. Akan tetapi aku??Sama sekali tidak pernah menghargai kewujudanMu … ampuni aku ya Allah !!! Ampuni aku hambaMU!! 

Pemberian dari Engkau sama sekali aku tidak pernah mensyukuri akan tetapi Engkau terus2an memberi .. Wahai tuhanku Yang Esa ,bila terkenangkan QaharMU,kurasa kegerunan dihatiku , kerana takutkan seksaMu . Hinggaku rasa berputus asa .siapakah dapatbersihkan diri? Dari segala dosa yang memburu.Setiap hari setiap ketika. Di waktu ini, kumengenangkan rahmatMU , terasa diri kurang bersyukur . PadaMU harus ku memohon. Moga syukurku bertambah . Alangkah susahnya mendidik nafsuku, yang tidak melihat kebenaranMU ya Allah Tuhanku . Bantulah hambaMU dalam mendidik jiwaku ini .. tika mengenang GhafarMU , putus asa tiada lagi .. semangat ku pulih semula , harapanku subur kembali. Ujian menimpa menekan dijiwa . Tak sanggup meneruskan perjuangan MU . mehnahMU itu penghapus dosaku. Mengganti hukumanMU di Akhirat .. Alhamdulillah kini baru aku lega setelah segala isi luahan ini tercatat .Moga pada setiap yg membaca , kita akan bersama-sama berjaya meraih keampunan dariNYa . Doakan moga aku dapat terus istiqamah di jalan Dakwah ini. Moga akan ada insan yg menegurku dikala aku melukakan Penciptaku . Wahai Allah kekasihku ,milik sapaan yg selama ini berlegar di benak fikiran ku adalah dariMu Tuhan Pemilik Cintaku. Sampai disini sahaja catatanku . Nantikan lebih lagi luahan dariku . Sekian, Assalamualaikum.

Yang benar,,

Syifa’ Istisyhad

No comments:

Post a Comment