Assalamualaikum dear readers :)
Hari ni nak cerita pasal seorang penulis buku yang sangat saya kagumi sejak zaman persekolahan lagi. Beliau adalah Tuan Abdul Latip Talip, seorang penulis novel sejarah Islam di bawah syarikat penerbitan PTS. Karya-karya beliau sangat menarik untuk dibaca kerana ceritanya telah diolah dan disusun dengan menarik agar pembaca tidak mengantuk dan bosan apabila membaca buku-buku sejarah. Kita dapat membaca buku-buku ni seperti membaca novel-novel cinta melayu. Sanggup tak tidur malam semata-mata nak abiskan novel tu kann?? mengaku je..haha..Menurut Encik Ahmad Azam Ab Rahman,ayah kepada almarhum Ahmad Ammar, Pak Latip mempunyai bakat untuk menceritakan sesuatu kisah dengan cukup menarik, menggunakan bahasa yang mudah untuk segenap lapisan masyarakat dan mempunyai imaginasi yang cantik.
Melalui buku-buku beliau kita dapat merasai pengalaman pahit getir perjuangan para sahabat untuk meneruskan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W setelah kewafatan baginda. Apabila membaca buku-buku tulisan beliau, saya sangat terkesan dengan cerita-cerita para sahabat dalam perjuangan mereka. Mereka sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan agama Allah.
Pada 26 April 2015 yang lepas, saya mengunjungi pesta buku antarabangsa di PWTC. Saya sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya pergi ke pesta buku ini. Ketika saya sedang memilih buku untuk dibeli, saya ternampak Tuan Abdul Latip Talip sedang bergambar bersama peminat. Rupa-rupanya pda hari tersebut merupakan hari bertemu ramah dengan beliau. Turut diadakan sesi tandatangan dan fotografi bersama beliau. Saya memilih buku dengan cepat kerana masa untuk bertemu ramah dengan beliau hampir tamat. Alhamdulillah saya dapat bergambar dan mendapat tandatangan beliau pada buku yang telah saya beli. Saya sangat gembira kerana dapat bertemu dengan seorang tokoh penulis yang amat saya kagumi.
So, my dearest readers, bolehkan dapatkan buku-buku Tuan Abdul Latip Talip di kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda pasti tidak menyesal apabila membeli buku-buku tersebut kerana kita seperti dapat merasai sendiri apa yang dirasai oleh para sahabat dalam perjuangan mereka. Jangan lupa dapatkan buku terbaru karya Abdul Latip Talip yang bertajuk AHMAD AMMAR, PEMUDA YANG DIPERSIAPKAN UNTUK UMMAH. Cerita tentang seorang pemuda yang berjiwa kental untuk berjuang dalam bidang dakwah tetapi telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini kerana telah dilanggar oleh ambulans semasa ingin pergi mengajar. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan. Di situlah tempat bersemadinya Abu Ayub al- Ansari di samping lebih 60 orang para sahabat nabi, auliya, panglima Uthmaniyah dan orang ternama Turki. SELAMAT MEMBACA...
No comments:
Post a Comment